Tuesday, 24 January 2012

Laporan Kejohanan Futsal Antara IPG Zon Tengah 2011


LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL ANTARA IPG ZON TENGAH 2011 ANJURAN KELAB FUTSAL KPI


1.0         PENDAHULUAN
Kelab Futsal KPI telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara IPG Zon Tengah pada 8 Oktober 2011. Kami selaku anggota-anggota Kelab Futsal IPG Kampus Pendidikan Islam telah bersepakat untuk mengadakan satu kejohanan  futsal untuk guru-guru pelatih di IPG Zon Tengah . Seperti yang kita cakna, futsal telah menjadi satu kegilaan masyarakat masa kini dan kami ingin guru-guru pelatih di IPG sekitar Zon Tengah turut sama merasai suasana tersebut. Bagi menjayakan kejohanan ini, pihak kelab telah menjemput penyertaan dari IPG yang berada di Zon Tengah seperti IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Ilmu  Khas, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, dan IPG Kampus Bahasa Melayu. Di harap dengan penganjuran Kejohanan Futsal Antara IPG Zon Tengah ini mampu menjadi perintis kepada penganjuran aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan interaksi antara IPG terutamanya IPG yang berada di Zon Tengah. Butiran kejohanan adalah tertera seperti berikut :
Tarikh                         : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa                          : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat           : Pusat Galaxy Futsal, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,           Selangor.

2.0         MATLAMAT
Melahirkan seorang bakal guru yang berkualiti daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

3.0         RASIONAL
Rasional kejohanan ini diadakan adalah supaya dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan guru pelatih yang berada di sekitar IPG Zon Tengah. Selain itu,  program ini dilihat dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli Kelab Futsal KPI berganding bahu untuk memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar.  Majlis ini diadakan bertujuan untuk mempraktikkan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah yang perlu ada dalam kalangan guru pelatih

4.0         OBJEKTIF
4.1      Menambah pengetahuan dan kemahiran serta mempelajari lebih lanjut bagaimana untuk mengendali sesuatu pertandingan.
4.2  Mengaplikasi segala teknik dan skil futsal yang telah dipelajari di dalam pertandingan ini
4.3         Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru pelatih.
4.4         Menggalakkan para guru pelatih agar mengamalkan gaya hidup sihat.
4.5         Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
4.6         Mewujudkan persekitaran yang sihat dan harmoni dalam kalangan guru pelatih.
4.7         Mewujudkan interaksi antara guru pelatih yang berlainan IPG.
4.8         Melahirkan belia yang bersemangat serta menjunjung aspirasi negara.
4.9   Melahirkan guru pelatih yang kental jiwanya serta cekal menempuh segala cabaran.



5.0         SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat                                  :       En Halimi bin Naharawi
                                                                                    En Mohamad Isa bin Jantan
                                                                                    En Ahmad Mohzir bin Abu Bakar
                                                                                    Pn Noor  Habibah binti Kaderan
Pengerusi Projek                     :       Muhammad Usaid b. Jamal
Naib Pengerusi                         :      Muhammad Nadzirul Haziq Bin Othman
Setiausaha                               :       Nuratikah Binti Taufik
Bendahari                                 :       Muhammad Firdaus b. Abdul Jalil
JAWATANKUASA PELAKSANA
Unit Logistik                               : Ahmad Khairul Amin Bin Mukhatar 
Unit Pengurusan Pengadil       : Muhammad Nadzirul Haziq Bin Othman
Unit Pengurusan Gelanggang  : Muhammad Usaid b. Jamal
Unit Makanan                             : Noor Aisyah Nordin
Unit Keselamatan                    : Syakir Bin Mat Rani
Unit Hadiah Dan Sijil                : Ildah Nahur Binti Padli
Unit Pengangkutan                  : Muhammad Faizal Bin Salehon
Unit Publisiti                             : Muhammad Azri Marsoha
Unit Pendaftaran/Urusetia        : Siti Nadiah Binti Mustafa
Unit Fotografi/Multimedia         : Mohd Ruzaifi Bin Abd Rasid
Unit Aturcara                                         : Izrin Shah Bin Md Fadzlillah
                        5.1.1   Senarai Ahli Jawatankuasa.
                        J/K Logistik
§  Ahmad Khairul Amin Bin Mukhatar (Ketua)
§  Mohd Zul Fadhli Bin Hashim
§  Mohd Qhairil  Anwar Bin Azhar
            J/K Pengurusan Pengadil
§  Muhammad Nadzirul Haziq Bin Othman (Ketua)
J/K Pengurusan Gelanggang
§  Muhammad Usaid bin Jamal (Ketua)
J/K Makanan
§  Noor Aisyah Nordin  (Ketua)
§  Muhammad Firdaus Bin Abdul  Jalil
§  Nor Aqilah Binti Abdul Razak
§  Abdullah Rahimi Bin Nordin
            J/K Keselamatan
§  Syakir Bin Mat Rani (Ketua)
§  Mohamad Noor Helmi Bin Zakaria
§  Mohd Ridzwan Bin Borhan
§  Syamsul Hariz Fahmi Bin Ismail
J/K Hadiah dan Sijil
§  Ildah Nahur Binti Padli (Ketua)
J/K Pengangkutan
§  Muhammad Faizal Bin Salehon (Ketua)

J/K Publisiti
§  Muhammad Azri Marsoha (Ketua)
§  Muhamad Amirul Iqmal Bin Mohd Fadill
§  Muhammad Yazed Bin Kosnan
J/K Pendaftaran  dan Urusetia
§  Siti Nadiah Binti Mustafa (Ketua)
§  Nurdeeyana Hasna Binti Ahap
§  Noor Shalida Binti Daud Kaiyin  
§  Nurul Aqilah Binti Ahmad Zamanhuri  
§  Dhabitah Binti Mohamad Nor
§  Mohamad Hafizan Bin Zainuddin
§  Nurirfiney Binti E. Hairoland Fredo
§  Che Nur Hidayah Binti Saufi
§  Muhammad Safuan Bin Senawi
J/K Fotografi dan Multimedia
§  Mohd Ruzaifi Bin Abd Rasid (Ketua)
§  Nuratikah Binti Taufik
§  Nurul Syafiqah Binti Mohamad Nazri
§  Nur Syafiqah Bte Yakcop
§  Ruhil Farihan Binti Ahmad Ezani
J/K Atur cara
§  Izrin Shah Bin Md Fadzlillah (Ketua)

5.2     Senarai Tugasan
                        J/K Logistik
§  Memastikan peralatan yang hendak digunakan lengkap dan dalam keadaan baik
                        J/K Pengurusan Pengadil
§  Menguruskan penggunaan pengadil perlawanan.
J/K Pengurusan Gelanggang
§  Menguruskan hal sewaan gelanggang.
§  Memastikan gelanggang yang disewa sesuai.

J/K Makanan
§  Merancang menu makanan yang akan dijual semasa hari kejohanan.
            J/K Keselamatan
§  Akan bertugas sebagai medic semasa kejohanan berlangsung
J/K Hadiah dan Sijil
§  Menguruskan hal berkaitan hadiah dan sijil penyertaan/penghargaan.
J/K Pengangkutan
§  Menguruskan pengangkutan peserta dan ahli jawatankuasa pelaksana semasa hari kejohanan.
J/K Publisiti
§  Mengiklankan kejohanan kepada semua IPG jemputan.
§  Mengutip semula borang penyertaan daripada semua peserta.
§  Mengacarakan majlis perasmian dan penutupan kejohanan.
§  Menjadi juruhebah (deejay)
J/K Pendaftaran  dan Urus setia
§  Menguruskan sesi pendaftaran pasukan sebelum kejohanan bermula.
§  Membuka kaunter pertanyaan  semasa hari kejohanan.
§  Menjadi urus setia dan memastikan kejohanan berjalan dengan lancar.
J/K Fotografi dan Multimedia
§  Mengambil gambar dan video semasa hari pengundian dan kejohanan berlangsung.
J/K Atur cara
§  Bertanggungjawab sepenuhnya tentang hal-hal berkaitan protokol.
§  Menguruskan majlis pengundian.


6.0       SENARAI PASUKAN BERTANDING
Terdapat 32 pasukan terdiri daripada 6 buah IPG telah mengambil bahagian. Sebanyak 7 buah pasukan mewakili IPG Kampus Pendidikan Islam manakala IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Ilmu  Khas, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, dan IPG Kampus Bahasa Melayu telah menghantar sebanyak 5 buah pasukan. Berikut merupakan senarai nama pasukan mengikut IPG masing-masing.
                      i.        IPG Kampus Pendidikan Islam
Kelab Futsal KPI
Veteran MPI
Kroko Kang
Hula-Hula A
Hula-Hula B
Last Minute FC
Yellow Warrior

                    ii.        IPG Kampus Raja Melewar
RM Teachers FC (A)
RM Teachers FC (B)
RM Teachers FC (C)
RM Teachers FC (D)
RM Teachers FC (E)

                   iii.        IPG Kampus Ilmu  Khas
IPIK A
IPIK B
IPIK C
IPIK D
IPIK E

                   iv.        IPG Kampus Pendidikan Teknik
Modem FC
Standard Kampung
Futbolsala
Cap Ayam
Kami Loser

                    v.        IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Foot – Soul FC (A)
Foot – Soul FC (B)
Foot – Soul FC (C)
Kunang FC
Himalaya

                   vi.        IPG Kampus Bahasa Melayu
Sayur – Sayuran Segar
Kuih Raya FC
Cikgu Ayu
Ninja Asam Masin
The Queen

7.0      ATURAN PERLAWANAN
Terdapat 32 pasukan yang bertanding. 32 pasukan tersebut dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap satu kumpulan. 2 pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke pusingan kedua iaitu pusingan kalah mati. Di dalam pusingan ini hanya 16 pasukan sahaja yang layak. Johan dan naib johan daripada 8 kumpulan telah diundi yang menentukan perlawanan pada peringkat ini. Selepas itu, pasukan yang menang pada peringkat 16 terakhir layak ke peringkat yang seterusnya iaitu suku akhir. Seterusnya pusingan separuh akhir, dan selepas itu perlawanan akhir dan perlawanan tempat ketiga dan keempat.
PUSINGAN KUMPULAN
KUMPULAN A
1.    IPIK C VS THE QUEEN
2.    IPIK C VS VETERAN MPI
3.    IPIK C VS KAMI LOSER
4.    THE QUEEN VS VETEREN MPI
5.    THE QUEEN VS KAMI LOSER
6.    VETEREN MPI VS KAMI LOSER
KUMPULAN B
1.    CIKGU AYU VS FOOT – SOUL FC (B)
2.    CIKGU AYU VS LAST MINUTE FC
3.    CIKGU AYU VS RM TEACHERS (B)
4.    FOOT-SOUL FC (B) VS LAST MINUTE FC
5.    FOOT-SOUL FC (B) VS RM TEACHERS (B)
6.    LAST MINUTE FC VS RM TEACHERS (B)
KUMPULAN C
1.    HULA-HULA (A) VS IPIK E
2.    HULA-HULA (A) VS KROKO KANG
3.    HULA-HULA (A) VS NINJA ASAM MASIN
4.    KROKO KANG VS IPIK E
5.    IPIK E  VS NINJA ASAM MASIN
6.    NINJA ASAM MASIN VS KROKO KANG

KUMPULAN D
1.    CAP AYAM VS KUEH RAYA FC
2.    CAP AYAM VS IPIK B
3.    CAP AYAM VS KELAB FUTSAL KPI
4.    KUEH RAYA FC VS IPIK B
5.    KUEH RAYA FC VS KELAB FUTSAL KPI
6.    KELAB FUTSAL KPI VS IPIK B
KUMPULAN E
1.    RM TEACHERS A VS IPIK D
2.    RM TEACHERS A VS KUNANG FC
3.    RM TEACHERS A VS HULA-HULA FC (B)
4.    IPIK D VS KUNANG FC
5.    IPIK D VS HULA-HULA FC (B)
6.    HULA-HULA FC (B) VS KUNANG FC
KUMPULAN F
1.    FOOT-SOUL FC (A) VS MODEM FC
2.    FOOT-SOUL FC (A) VS RM TEACHERS C
3.    FOOT-SOUL FC (A) VS SAYUR-SAYURAN SEGAR
4.    MODEM FC VS RM TEACHERS C
5.    MODEM FC VS SAYUR-SAYURAN SEGAR
6.    SAYUR-SAYURAN SEGAR VS RM TEACHERS C
KUMPULAN G
1.    FUTBOLSALA VS FOOT-SOUL FC (C)
2.    FUTBOLSALA VS RM TEACHERS D
3.    FUTBOLSALA VS IPIK A
4.    FOOT-SOUL FC (C) VS RM TEACHERS D
5.    FOOT-SOUL FC (C) VS IPIK A
6.    RM TEACHERS D  VS IPIK A

KUMPULAN H
1.    YELLOW WARRIOR VS HIMALAYA
2.    YELLOW WARRIOR VS STANDARD KAMPUNG
3.    YELLOW WARRIOR VS RM TEACHER E
4.    HIMALAYA VS STANDARD KAMPUNG
5.    HIMALAYA VS RM TEACHER E
6.    STANDARD KAMPUNG VS RM TEACHER E

1.    KELAB FUTSAL VS CIKGU AYU
2.    IPIK A VS VETERAN MPI

JOHAN          : IPIK A
NAIB JOHAN: KELAB FUTSAL KPI
KETIGA         : VETERAN MPI
KEEMPAT    : CIKGU AYU

 9.0       PENUTUP
Alhamdulillah, kami selaku ahli Kelab Futsal amat bersyukur kerana penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup IPG Kampus Pendidikan Islam 2011 yang dirancangkan ini telah mencapai objektif dan berjalan dengan lancar. Semoga Allah s.w.t memberkati kami dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment