Tuesday, 24 January 2012

Laporan Kejohanan Futsal Tertutup IPG KPI 2011


LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2011


1.0         PENDAHULUAN

Kelab Futsal KPI telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup IPG Kampus Pendidikan Islam pada 16 April 2011. Kami selaku anggota-anggota Kelab Futsal KPI telah bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan futsal tertutup untuk guru-guru pelatih di institut ini. Seperti yang kita cakna, futsal telah menjadi satu kegilaan masyarakat masa kini dan kami ingin guru-guru pelatih di institut ini turut sama merasai suasana tersebut. Pertandingan ini dinamakan Siri 1 kerana pertandingan ini akan menjadi titik tolak kepada siri-siri pertandingan futsal yang lain. Kejohanan ini telah diadakan seperti yang terdapat pada butiran di bawah :
Tarikh                         : 16 April 2011 (Sabtu)
Masa                          : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat                       : Gelanggang Futsal IPG Kampus Pendidikan Islam.
2.0         MATLAMAT
Melahirkan seorang bakal guru yang berkualiti daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

3.0         RASIONAL
Rasional kejohanan ini diadakan adalah supaya dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, program ini dilihat dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli Kelab Futsal KPI berganding bahu untuk memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mempraktikkan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah yang perlu ada dalam kalangan guru pelatih.

4.0         OBJEKTIF
4.1       Menambah pengetahuan dan kemahiran serta mempelajari lebih lanjut bagaimana untuk mengendali sesuatu pertandingan.
4.2       Mengaplikasi segala teknik dan skil futsal yang telah dipelajari di dalam pertandingan ini.
4.3       Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru pelatih
4.4       Menggalakkan para guru pelatih agar mengamalkan gaya hidup sihat.
4.5       Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
4.6       Mewujudkan persekitaran yang sihat dan harmoni dalam kalangan guru pelatih.

5.0         PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1         Sebelum Kejohanan

Sebelum kejohanan bermula, J/K pelaksana yang terdiri daripada ahli Kelab Futsal KPI telah merancang beberapa perkara yang perlu di ambil kira bagi memastikan kejohanan ini berjalan lancar. Antaranya ialah  telah bermesyuarat terlebih dahulu untuk melantik ahli jawatankuasa bagi mengelola kejohanan ini. Kemudian, pembahagian tugas dijalankan dan kolaborasi antara para pelajar dan pensyarah penasihat program dijalankan secara berterusan. Kejohanan ini telah melibatkan ahli-ahli Kelab Futsal yang terdiri daripada guru pelatih IPG KPI.

Dalam mesyuarat tersebut juga pengarah program telah dilantik, beliau yang dimaksudkan ialah saudara Muhammad Nadzirul Haziq Othman dan dibantu oleh Muhammad Zulkefli bin Zainal Abidin. Setiausaha pula disandang olehm Muhammad Usaid bin Jamal. Manakala Mohd Ridzwan bin Borhan sebagai Bendahari.

Selain itu, ahli jawatankuasa yang terlibat seperti ajk makanan dan minuman, dan ajk persiapan tempat dan alatan perlu bersiap sedia bagi menyediakan keperluan-keperluan yang sewajarnya. Secara terperinci, Ajk Makanan dan Minuman haruslah menyediakan sarapan pagi dan bekalan air manis untuk semua peserta dan pegawai bertugas. Manakala, bagi Ajk Persiapan Tempat dan Alatan pula ditugaskan menyediakan segala peralatan dan memastikan gelanggang futsal lengkap dan selamat. Setiap ahli perlu berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini. Ketua-ketua setiap jawatankuasa yang telah dilantik perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan dan sempurna. Penganjuran kejohanan ini telah berjaya menarik 9 buah pasukan yang terdiri daripada guru pelatih IPG KPI sendiri.

5.2         Semasa Kejohanan

Kejohanan ini telah dimulakan seawal jam 9 pagi selepas sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi. Kejohanan ini menggunakan sistem separuh liga iaitu pasukan dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Terdapat 5 buah pasukan di dalam kumpulan A manakala terdapat 4 buah pasukan di dalam kumpulan B. Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan berjaya mara ke separuh akhir. Pegawai bertugas telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi memastikan kejohanan ini berjalan lancar. Kejohanan ini berakhir pada jam 2 petang.

5.3         Selepas Kejohanan

Tepat jam 2.00 petang, kejohanan ini telah melabuhkan tirainya. Segala penat lelah selama berminggu-minggu merancang agar kejohanan ini berjalan lancar akhirnya termakbul. Kerjasama yang erat antara pegawai-pegawai bertugas telah menjadikan kejohanan/aktiviti pertama Kelab Futsal ini mencapai objektifnya. Suatu mesyuarat post mortem telah diadakan pada keesokan harinya  bagi membincangkan segala aspek bagi memperbaiki kelemahan sepanjang kejohanan ini berlangsung.


6.0         SENARAI JAWATANKUASA

6.1         Carta Organisasi Jawantakuasa Kejohanan
Penasihat Kejohanan         : Encik Halimi bin Naharawi
Pengarah Kejohanan         : Muhammad Nadzirul Haziq bin Othman
Naib Pengarah Kejohanan            : Muhammad Zulkefli bin Zainal Abidin
Setiausaha Kejohanan      : Muhammad Usaid bin Jamal
Bendahari Kejohanan        : Mohd Ridzwan bin Borhan

6.1.1   Senarai Ahli Jawatankuasa.
AJK Makanan dan Minuman
§  Muhammad Firdaus bin Abd Jalil
AJK Alatan / Persiapan Tempat
§  Syakir Bin Mat Rani
6.2       Senarai Tugasan
AJK Minuman dan Makanan
§  Menyediakan minuman dan makanan sebelum kejohanan berlangsung.
§  Mengedarkan makanan dan minuman kepada wakil pasukan.
§  Memastikan minuman tidak tercemar.
§  Menyenaraikan bahan dan barang yang perlu dibeli.
AJK Persiapan Tempat
§  Menyediakan alatan yang diperlukan untuk kejohanan.
§  Sentiasa berhubung dengan AJK Makanan dan Minuman.
§  Mengemas tapak kejohanan selepas kejohanan tamat.
§  Mengumpul segala peralatan yang digunakan.


7.0       SENARAI PASUKAN BERTANDING
Sebanyak 9 pasukan yang bertanding dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
KUMPULAN A
KUMPULAN B
Hula-Hula FC
Lucky Strike
Kroko Kang
Tujuh Tujuh
Zero-Zero 6
Usop FC
Kalah Awal
Ashaabul Kahfi FC
Last Minute


8.0       KEPUTUSAN KEJOHANAN
Berikut merupakan keputusan untuk pusingan kumpulan. Hanya juara dan naib juara sahaja yang layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat separuh akhir.
PERINGKAT KUMPULAN
            KUMPULAN A.
1.    HULA-HULA FC 7 VS OO6 FC 1
2.    KALAH AWAL 1 VS LAST MINUTE 7
3.    KROKO KANG 2 VS HULA-HULA FC 5
4.    006 FC 0 VS LAST MINUTE 7
5.    KALAH AWAL 0 VS KROKO KANG 8
6.    HULA-HULA FC 0 VS LAST MINUTE 1
7.    006 FC 0 VS KROKO KANG 5
8.    KALAH AWAL 2 VS HULA-HULA FC 5
9.    LAST MINUTE 0 VS KROKO KANG 1
10.  006 FC 3 VS KALAH AWAL 3


KUMPULAN B
1.    LUCKY STRIKE 0 VS USOP FC 4
2.    TUJUH TUJUH 1 VS ASHAABUL KAHFI 7
3.    LUCKY STRIKE 1 VS ASHAABUL KAHFI 8
4.    TUJUH TUJUH 5 VS USOP FC 5
5.    LUCKY STRIKE 2 VS TUJUH TUJUH 3
6.    USOP FC 2 VS ASHAABUL KAHFI 4

SEPARUH AKHIR.
1.    ASHAABUL KAHFI 3 VS KROKO KANG 4
2.    HULA-HULA FC 2 VS USOP FC 1

TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT.
1.    USOP FC 1 VS ASHAABUL KAHFI 2

AKHIR.
     1.  KROKO KANG 2 VS HULA-HULA FC 1

TEMPAT PERTAMA          : KROKO KANG
TEMPAT KEDUA                : HULA-HULA FC
TEMPAT KETIGA               : ASHAABUL KAHFI



9.0    PENUTUP
Alhamdulillah, kami selaku ahli Kelab Futsal amat bersyukur kerana penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup IPG Kampus Pendidikan Islam 2011 yang dirancangkan ini telah mencapai objektif dan berjalan dengan lancar. Semoga Allah s.w.t memberkati kami dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment