Tuesday, 24 January 2012

Laporan Kursus Kejurulatihan Awalan Futsal


LAPORAN KURSUS KEJURULATIHAN AWALAN FUTSAL
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA
KELAB FUTSAL IPG KPI

1.0         PENDAHULUAN

Kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum merupakan satu kegiatan penting untuk kecemerlangan rohani, jasmani, emosi, dan intelek seseorang individu. Kegiatan ini juga bertujuan membentuk peribadi dan sahsiah individu agar bersikap bertanggungjawab, berdisplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Tujuan utama kokurikulum adalah untuk memupuk semangat berkerjasama, kepimpinan dan daya saing dalam kalangan pelajar. Kegiatan ini juga bertujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan dalam kalangan pelajar pelbagai keturunan dan latar belakang. Selari dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggalakkan penyertaan para pelajar dalam akiviti sukan, iaitu “Satu Murid, Satu Sukan”. Buktinya, kerajaan telah menetapkan 10% markah penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai salah satu syarat kemasukan ke IPTA. Markah penglibatan pelajar dikira berdasarkan pencapaian dalam sukan, kelab & persatuan dan unit beruniform. Bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dalam aktiviti kokurikulum, tenaga pengajar iaitu guru haruslah mempunyai tauliah. Kursus ini bertujuan melahirkan bakal guru yang mempunyai tauliah dalam permainan futsal.  Butiran kursus ini adalah seperti berikut :
            Tarikh                         : 19 November 2011 – 21 November 2011.
            Hari                             : Sabtu – Isnin.
            Tempat                       : Gelanggang Futsal IPG Kampus Pendidikan Islam.


2.0         MATLAMAT
Matlamat kursus ini adalah untuk melengkapkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah penasihat kokurikulum dan guru pelatih dengan ilmu kejurulatihan permainan futsal. 

3.0         RASIONAL
Kursus ini secara ringkasnya akan dapat membantu pensyarah dan bakal-bakal guru mengendalikan aktiviti kokurikulum mengikut kehendak sukatan pelajaran. Rasional kursus ini diadakan adalah untuk :
3.1         Memenuhi keperluan sukatan pelajaran Kokurikulum
3.2         Mendedahkan pensyarah dan bakal guru kepada teori, amali dan praktis dalam pengendalian latihan permainan futsal.
3.3         Membentuk bakal guru novis yang berketrampilan, mempunyai pengetahuan, dan kemahiran dalam pengendalian latihan permainan futsal
3.4         Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah serta bakal guru dengan ilmu asas kejurulatihan sebagai persediaan apabila bertugas di institut dan sekolah.

4.0         OBJEKTIF
Antara objektif kursus ini dianjurkan adalah untuk :
4.1         Meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam permainan futsal.
4.2         Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai berorientasikan kurikulum permainan futsal.
4.3         Mencapai matlamat penilaian dan perlaksanaan Kokurikulum Permainan di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
4.4         Memenuhi kehendak pensijilan dan pertauliahan sebagai jurulatih permainan.
4.5         Melengkapkan pensyarah dan guru pelatih dengan aspek kejurulatihan permainan futsal.
5.0       KANDUNGAN KURSUS
Kursus ini telah dijalankan selama 30 jam yang berlangsung selama 3 hari. Antara kandungan kursus ini adalah seperti berikut :
5.1       Pengenalan permainan
5.2       Undang-undang permainan
5.3       Kepengadilan
5.4       Prinsip latihan individu dan kumpulan
5.5       Peralatan
5.6       Pengurusan pertandingan
5.7       Keselamatan
5.8       Kesihatan
5.9       Teknik-teknik permainan
5.10    Kemahiran asas permainan mengikut konteks sains sukan
6.0       PESERTA
Peserta yang terlibat di dalam kursus ini adalah seramai 27 orang guru pelatih yang terdiri daripada berbagai pengkhususan.
7.0       PENCERAMAH/FASILITATOR
            Seramai 4 orang dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
8.0       SENARAI JAWATANKUASA
8.1       Carta Organisasi Jawantakuasa Utama Kursus
Penasihat                              : Tn Hj Osman bin Hussain (Pengarah)
Pengerusi                             : Pn. Nor Annisa Hj Kadri
Naib Pengerusi                    : Tn Hj Rusli bin Abdullah
Pengurus                              : Pn Noor Habibah binti Kaderan
Penolong Pengurus                       : En Mohamad Isa bin Jantan
Setiausaha                           : Pn Azliza binti Abdul Manan
Bendahari                             : Pn Kamaliah binti Ismail
JK Peralatan                         : Tn Syed Omar bin Syed Hashim
JK Pendaftaran                    : Pn Hanifah binti Mohd Yunus
JK Jamuan/Minuman         : Pn Rabi’ah binti Abd Rahman
JK Hadiah/Cenderamata    : Pn Kamaliah binti Ismail
JK Sijil                                    : Pn Noor Habibah binti Kaderan
JK Keselamatan                   : Pn Eran binti Hassan

            8.2       Carta Organisasi Jawatankuasa Kecil Kursus
                        Ketua Kursus                       : Nadzirul Haziq Bin Othman
N. Ketua Kursus                  : Muhammad Usaid Bin Jamal
J/K Makan/Minum                : 
                                                   Muhammad Firdaus Bin Abd Jalil (K)
                                                  Mohd Yazed Bin Kosnan
                                                  Muhammad Faizal Bin Salehon
                                                  Noor Aisyah Binti Nordin
                                                  Nurul Aqilah Binti Ahmad Zamanhuri
J/K Peralatan Dan Penyediaan Tempat  :
                                                : Muhammad Farhan Bin Meswan (K)
                                                : Muhammad Azri Bin Marsoha
                                                : Izrin Shah Bin Md Fadzlillah
                                                : Dhabitah Bt. Mohamad Nor
                                                : Nurwahidah Bt. Hassan
J/K Pencatat Dan Dokumentasi    :
                                                : Mohd Ruzaifi Bin Abdul Rasid (K)
                                                : Mohd Naili Bin Mohd Nawi
                                                : Mohammad Waiz B. Abd Karim
: Muhamad Amirul Iqmal Bin Mohammad Fadill
                                                : Syakir B.  Mat Rani
                                                : Mohamad Noor Helmi B. Zakaria
                                                : Ahmad Khairul Amin Bin Mukhatar
                                                : Noor Shalida Bt. Daud Kaiyin
                                                : Fatin Farhanah Bt. Mohamed
                                                : Mardzati Binti Othman
                                                : Nur Laila Nadiah Bt. Di
                                                : Nuraini Bt. Hussin
                                                : Nurirfiney Bt. E. Hairoland Fredo

8.3       Senarai Tugasan JK Kecil
                                              i.        Pengerusi
§  Memantau pergerakan kerja semua Jawatankuasa.
§  Berhubung dengan unit kokurikulum tentang segala urusan kursus.

                                            ii.        Naib Pengerusi
§  Membantu pengerusi Memantau pergerakan kerja semua Jawatankuasa.
§  Memabantu pengerusi berhubung dengan unit kokurikulum tentang segala urusan kursus.

                                           iii.        JK Peralatan dan Penyediaan Tempat
§  Menyediakan segala peralatan kursus seperti bola futsal, bib, kon,dan marker.
§  Menyediakan senarai semak peralatan.
§  Memastikan keadaan kelas dan gelanggang futsal sentiasa bersih dan selamat.

                                           iv.        JK Jamuan/Minuman  
§  Menyediakan minuman sewaktu kursus berjalan.
§  Memastikan kawasan jamuan sentiasa dalam keadaan bersih.
§  Memastikan makanan mencukupi untuk semua peserta.
     
                                            v.        JK Pencatat dan Dokumentasi          
§  Mencatat segala butiran mengajar yang diajar oleh fasilitator.
§  Mengambil gambar kursus
§  Membuat dokumentasi.

9.0       PENUTUP
Alhamdulillah, kami selaku ahli Perbayu amat bersyukur kerana penganjuran Program Jualan Air sempena MPPB yang dirancangkan ini telah mencapai berjalan dengan lancar. Semoga Allah s.w.t memberkati kami dan semua yang terlibat sepanjang menjayakan program ini. 

No comments:

Post a Comment